Tiba-tiba terasa ingin menjiwai bahasa sendiri. Indah, jadi mulai sekarang saya akan mula menggunakan bahasa melayu juga. Walau bagaimanapun saya tetap ingin mengekalkan penggunaan nama 'darlingsweetheartcakes' kerana nilainya tersendiri kepada saya. Saya juga ingin menyeru rakan-rakan semua untuk menggunakan bahasa melayu yang betul! Saya kurang gemar menggunakan bahasa melayu yang cacat dan tidak sempurna kerana bahasa melayu adalah harta bangsa yang tiada nilainya, jika tidak disanjung lama-kelamaan tentu akan terhakis dan terus hilang di mata dunia. Namun demikian, English is also important, it would be better if we can master both languages. Saya tetap juga akan menggunakan bahasa inggeris di sini bila-bila saya berkeinginan. Baiklah cukuplah saya membebel, mari kita cerita kek pula... Gambar di atas ini hasil saya semasa ke kelas kak mis. Gambar ini pun diambil sebaik habis kelas, jadi kurang sempurna, nak ambil yang baru oh... masa tidak mengizinkan. Apa pun kelas yang bagus dan menghiburkan dengan gelagat rakan-rakan lain. Opps 'sugar box' saya belum siap di hias, entahlah bila... hujung minggu ni jadual saya sangat padat, minggu depan pun sama....
Labels: Fondant - Paint Brush Method