Bahasa Jiwa Bangsa
Tiba-tiba terasa ingin menjiwai bahasa sendiri. Indah, jadi mulai sekarang saya akan mula menggunakan bahasa melayu juga. Walau bagaimanapun saya tetap ingin mengekalkan penggunaan nama 'darlingsweetheartcakes' kerana nilainya tersendiri kepada saya. Saya juga ingin menyeru rakan-rakan semua untuk menggunakan bahasa melayu yang betul! Saya kurang gemar menggunakan bahasa melayu yang cacat dan tidak sempurna kerana bahasa melayu adalah harta bangsa yang tiada nilainya, jika tidak disanjung lama-kelamaan tentu akan terhakis dan terus hilang di mata dunia. Namun demikian, English is also important, it would be better if we can master both languages. Saya tetap juga akan menggunakan bahasa inggeris di sini bila-bila saya berkeinginan. Baiklah cukuplah saya membebel, mari kita cerita kek pula... Gambar di atas ini hasil saya semasa ke kelas kak mis. Gambar ini pun diambil sebaik habis kelas, jadi kurang sempurna, nak ambil yang baru oh... masa tidak mengizinkan. Apa pun kelas yang bagus dan menghiburkan dengan gelagat rakan-rakan lain. Opps 'sugar box' saya belum siap di hias, entahlah bila... hujung minggu ni jadual saya sangat padat, minggu depan pun sama....
Labels: Fondant - Paint Brush Method
6 Comments:
At February 13, 2009 at 9:52 AM , Aimi said...
saya tak reti nak tulis skima2.. rasa mcm tulis karangan.. kalau tulis surat rasmi, blh la.. hehe... kak, mana gambar2nya???
At February 13, 2009 at 3:17 PM , Anonymous said...
go..go Farah !!!...
mcm semangat menyambut merdeka pulak. Mana gambarnya?
At February 14, 2009 at 1:34 AM , NuR FaTiN said...
benar apa yang puan katakan, kita sebagai rakyat malaysia berbangsa melayu perlulah mencintai bahasa ibunda kita sebelum ia hilang di arus kemodenan bangsa. wah, pelajar siapakah yang berkata-kata ini!. mesti dia sangat comel. wassalam.
At February 14, 2009 at 4:40 PM , Anonymous said...
Da lama dok intai pn pnya blog ni. Ha..da update pun. lama snggh menunggu, tp mana gambarnya? x sabo nk nengok ni. sincerely, i just want to tell u that u r my inspiration!! Really. Kuat smngat nk blaja sbb jmpa ramai org2 yg da berjaya mcm pn frh ni.. doakan kejayaan sy yek...
At February 18, 2009 at 10:47 AM , Anonymous said...
Betul Farah, saya setuju apa yang diperkatakan, siapa lagi nak menyanjung bahasa sendiri kalau bukan kita, tetapi perlu di ingat both language perlu di kuasai juga. All the best Farah, nice to meet u dear.!!
At February 18, 2009 at 10:49 AM , Anonymous said...
Betul Farah, saya setuju apa yang diperkatakan, siapa lagi nak menyanjung bahasa sendiri kalau bukan kita, tetapi perlu di ingat both language perlu di kuasai juga. All the best Farah, nice to meet u dear.!!
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home