Kek untuk hari ibu yang ditempah oleh Akma. Thanks Akma. Sponge cake with blueberry filling.
Chocolate cup cake with simple decoration.
Balckforest cheese cake yang ditempah oleh Mashitah.
Kek harijadi Areej yang ditempah oleh Ulaya. Memang saya nak cepat masa ni jadi hasilnya memang sangat tak memuaskan hati.
Ulaya next time please give me ample time ok. Anyway tqvm dear.
Wah! Lama benar saya tak dapat mengemaskinikan blog saya ini, bermacam perasaan saya rasakan. Sebenarnya banyak sungguh peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh yang amat lama itu, gembira ada sedih pun ada juga. Sebaiknya dicatatkan yang gembira saja, yang sedih lebih elok dilupa. Kehidupan saya berubah sejak 23 Mei yang lalu apabila 360 orang pelajar Bahagian 1 Asasi Undang-undang mendaftar diri. Bilangan yang memang di luar jangkaan kami. Bayangkan unjuran yang kami buat hanya 150 orang sahaja. Bilangan yang sedia ada pula lebih kurang 110 orang, maka jumlahnya lebih kurang 470. Keadaan memang amat mencabar waktu mula-mula menerima mereka, tentulah kami mahu berikan yang terbaik walaupun terpaksa menghadapi banyak sekatan dan had. Alhamdulillah semua cabaran dapat diselesaikan dengan kerjasama dan komitmen tinggi semua pihak, yang kami harapkan kini "anak-anak" atau "adik-adik" semua berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan dan impian bersama. Jumlah pelajar yang ramai itulah maka saya terpaksa berehat seketika daripada hobby yang satu ini. Apabila pelajar bertambah, beban kerja pun bertambah... bukan jam pengajaran saja, marking malah kerja-kerja pentadbiran juga. Saya memang hilang minat untuk membuat kerja-kerja tambahan lagi... balik rumah, tentu masa untuk bersama keluarga dan rehat sahaja. Panjang pula cerita saya ya. Gambar-gambar ini sebenarnya tempahan-tempahan yang saya terima sebelum tarikh 23 Mei itu.
Labels: Blackforest Cheese Cake, Buttercream Birthday Cake, Chocolate Cuppies, Sponge cake with blueberry filling